06/16/2006
Uslub Tarbiyyah dan Dakwah daripada Al-Quran
Antara prinsip Harakah Islamiyyah ialah mengambil Al-Quran Al Karim sebagai sumber perundangan. Insya Allah didalam saqafah Al manar yang akan dating penulis cuba menggali dan membuat kajian mengenai sumber hokum melalui Al-Quran dan bagaimana penggunaannya. Disini kita akan menghurai serba ringkas mengenai intipati tarbiyyah dan dakwah kepada non muslim serta kepada muslim sendiri daripada tajuk-tajuk(maudhu’) Al Quran. Tidak dapat dinafikan ahli gerakan akan cuba beriltizam sedekat mungkin dengan intipati Al-Quran, namun kemungkinan besar ramai dikalangan kita yang mungkin masih tercari-cari apa sebenarnya sumbangan AlQuran dalam method tarbiyyah dan dakwah. Kepentingan sebenar adalah pengkajian menyeluruh oleh para ahli sendiri terhadap mana-mana tulisan mengenai peranan Al-Quran dalam pentarbiahan dan pendakwahan. Diharapkan dengan adanya penulisan ini, maka semakin tersingkap sedikit kekusutan mengenai peranan Al-Quran serta mengapa kita menganggat Al Quran sebagai dustur atau perlembagaan kita. Tarbiyyah/ dakwah melalui Qudwah. Qudwah secara tidak langsung adalah methos terulung zaman kini. Dakwah 3 minit yang dilakukan oleh Imam Hassan Al Banna telah membuktikan keberkesanannya. Namun pengemblengan tenaga dikalangan ahli amat perlu dan bukannya menganggap perjuangan politik sebagai matlamat utama. Dalam surah Al Ahzab ayat 21 menyatakan Rasulullah SAW sebagai sumber teladan. Maka rujuklah mana-mana tulisan mengenai teladan baginda. Sheikh Mustapha Masyur ada menulis mengenai Suri Teladan Sepanjang Jalan (Qudwah Ala Toriq) untuk menjelaskan peranan guru, bapa, pekerja dan ulama sebagai teladan baik. Dalam pentarbiahan method coaching (melatih) lebih berkesan daripada preaching atau lecturing kepada anak usrah. Maka hubungan rapat naqib dan anak usrah amat perlu. Tarbiah/ dakwah melalui Maui’zah(nasihat). Method nasihat adalah kewajipan dalam dunia harakah. Samaada sesma ahli atau nasihat/tazkirah/ceramah untuk golongan luar jamaah. Dalam surah Al A’raf ayat 68 Allah menjelaskan peranan kita selaku penasihat umat. Shah Waliyullah ada menyatakan method dakwah adalah melalui Targhib(berita baik), Tarhib (berita buruk/ancaman), Tamsil (misalan atau contoh kisah) serta Masail (masalah-masalah dan hukum-hukum agama). Maka selaku pendakwah tidak langsung, maka ahli perlu pandai memainkan method-method ini dan diselitkan dengan nasihat ringkas kita. Tarbiah/Dakwah melalui Hiwar (Perbincangan). Al-Quran selalu berinteraksi dengan pembacanya melalui perkataan wahai Manusia dan wahai orang-orang beriman. Kadangkala digunakan method pertanyaan untuk membilehkan manusia bertindakbalas. Ayat-ayat tertentu seolah-olah ingin mengikat manusia agar tidak membaca secara seberono. Perkataaan Afala tatafakkarun (adakah kamu tidak berfikir) dan Afala ya’qilun (adakah mereka tidak berakal) adalah seolah menyindir budaya pembaca yang tidak ambil berat atau buat dono. Terdapat ayat tertentu kita disunatkan membaca sesuatu selepas membaca ayat tersebut (sila rujuk kepada mana-mana tulisan mengenainya). Rasulullah selalu menyahut seruan sekiranya membaca ayat tentang cabaran daripada Allah, memohon sesuatu apabila ayat menyuruh memohon serta bertasbih apabila sampai kepada ayat tasbih, seperti yang diceritakan oleh Huzaifah Ibnu Yaman. Tarbiah/dakwah secara beransur-ansur (tadarruj) Disebabkan sifat dakwah Nabi adalah beransur-ansur (graduality) amaka Al Quran selaku rujukan Baginda juga berasaskan method ini. Sifat ayat makkiyah yang menekankan persoalan aqidah selaku pasak muslim menyebabkan persoalan ini menjadi topik permulaan bagi usrah. Untuk masyarakat umum, kita digalakkan mengkaji masalah social dan mengaitkanya dengan aqidah. Pengkajian ini perlu disebarkan kepada masyarakat dalam apa jua cara sama ada tulisan, internet mahupun forum dan diskusi tertentu. Ayat 106 surah Al Isra’ menjelaskan persoalan beransur-ansur ini. Selepas pemahaman mula berputik, barulah persoalan tanggungjawab muslim dijelaskan.Persoalan memastikan kesemua ahli mendapat tarbiah secukupnya adalah persoalan besar dalam harakah. Menganngap ringan perkara ini akan mengundang gejala ahli separuh masak yang akan senantiasa menyulitkan jamaah. Golongan kafir selalu menanyakan mengapa Al Quran tidsak diturunkan secara sekaligus. Maka ayat 32 surah Al Furqan sebagai jawapan. Tarbiyyah/ dakwah melalui paparan kisah-kisah silam. Mempelajari sirah rasulullah, sejarah umat Islam serta tamadun umat Islam adalah antara method tarbiah dan methos penyampai yang akan menarik minat. Hal inimkerana dalam kisah tersebut terselit sindiran, maklumat, serta teladan yang mungkin sulit atau terlarang untuk disampaikan. Terdapat juga kisah-kisah dalam Al Quran yang tidak wujud sebaliknya perumpamaan-perumpamaan daripada Allah SWT. Tarbiyyah/ dakwah melalui kejadian atau peristiwa. Disebabkan sebilangan besar ayat Al Quran diturunkan atas sebab peristiwa dan keperluan, maka kejadian tersebut sebenarnya masih relavan dalam masyarakat moden kini. Selaku ahli gerakan perlu bagi kita merujuk kitab Asbabul Nuzul untuk mengetahui sebab musabab hukum atau peranan ayat tertentu. Dalam kehidupan kini, ahli gerakan perlulah informatif serta peka dengan hal ehwal dunia. Segala peristiwa sekeliling wajar dijadikan sumber tajuk perbincangan didalam usrah dan dakwah. Method lapuk yang hanya menggunakan isu-isu lama dan sirah semata-mata sebagai tajuk perbincangan akan membosankan sasaran dakwah. Penutup. Segala paparan ini adalah sebagai pemahaman tambahan agar tajuk-tajuk dan silibus serta modul usrah dan dakwah peribadi kita mempunyai fokus dan sasaran, Fokus yang disediakan ini adalah sebagai contoh. Ahli gerakan perlu mencari lebih lagi contoh dan focus yang sesuai dan jadikan pedoman (guideline) peribadi semasa kita mencari bahan usrah dan dakwah.
21:25 Posted in Dakwah & Tarbiah | Permalink | Comments (0) | Email this
Fahaman Sesat dan Penyelewengan Umat Islam
Benih-benih percambahan perpecahan dan timbulnya pelbagai fahaman dan ajaran bermula sejak zaman pemerintahan khalifah r.a.Di sini ana mengupas sedikit tentang sejarah dan juga faktor-faktor yang mendorong berlakunya pelbagai adaptasi daripada fahaman salaf yang sepenuhnya hanya bersandarkan kepada kalamullah dan sunnah rasulullah s.a.w. 3 bidang yang dibahaskan dan menjadi pertikaian didalam Islam: 1)Bidang politik 2)Bidang Aqidah 3)Bidang Syariat (penetapan hukum ibadah) Sejarah yang menjadi titik mulanya perpecahan Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab dan juga sehingga pada enam tahun pertama pemerintahan Khalifah Uthman bin ‘Affan,suasana dan keadaan umat Islam masih berjalan seperti pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu.Akan tetapi suasana yang begitu indah musnah setelah enam tahun berjalan lancar pada pemerintahan Khalifah Uthman.Semua ini adalah disebabkan sikap tidak senang kaum munafiq dan petualang politik ketika itu.Abdullah bin Saba’ seorang tokoh yahudi yang masuk Islam adalah yang menjadi petualang dalam huru hara yang berlaku.Ia sebenarnya seorang yang munafiq. Akibat daripada pertikaian dan pergaduhan,akhirnya Khalifah Uthman dibunuh dan diganti oleh Khalifah Ali bin Abu talib.Keadaan menjadi semakin tegang apabila bani Umayyah menuntut supaya Saidina Ali menghukum pembunuh Uthman sehingga tercetusnya perang saudara,Perang Jamal dan Perang Siffin.Perang siffin berakhir dengan pendamaian antara saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan yang disebaliknya adalah taktik dan penipuan Mua’wiyah untuk menjadi khalifah menggantikan Saidina Ali.Berlakulah permusuhan antara Bani Umayyah dan Bani Hashim selepas Mua’wiyah diangkat menjadi khalifah. Sejak genjatan senjata antara pasukan Saidina Ali dan Mua’wiyah dalam Perang Siffin,pendukung Saidina Ali telah pecah menjadi dua golongan yakni kaum Khawarij dan kaum Syiah.Kematian Saidina Ali telah dirancang oleh kaum Khawarij yang akhirnya berjaya membunuh Saidina Ali ketika beliau keluar untuk solat subuh.Kejayaan rencana pembunuhan menunjukkan berakhirnya kekhalifahan Bani Hashim dan dikuasai sepenuhnya oleh Bani Umayyah. Dengan kematian Khalifah Ali bin Abu Talib,umat Islam terpecah menjadi tiga golongan,yakni : 1) Sebahagian besar umat Islam mengakui Mu’awiyah bin Abu Sufyan berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Saidina Ali. 2) Golongan Syiah yang anti Muawiyah.cinta kepada Saidina Ali dan keturunannya.Bagi mereka yang sah menjadi khalifah adalah Saidina Ali dan keturunannya. 3) Golongan Khawarij yang tidak menyetujui kekhalifahan Uthman bin “Affan,Ali bin Abu Talib dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Perselisihan dalam bidang politik Perselisihan dalam bidang ini telah melahirkan 3 golongan yang mahsyur sehingga kini yakni Golongan Syiah,Khawarij dan Mu’tazilah.Pertikaian berlaku apabila berlakunya pembunuhan khalifah Uthman,ada yang ingin menuntut bela di atas kematian Uthman dan menghukum orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.Di sinih munculnya perbezaan pendapat dalam penetapan hukum ke atas orang yang membunuh Khalifah Uthman. Golongan Syiah Menurut kamus, syiah bererti pengikut,pembantu,pendokong atau firqah,terutama pengikut dan pencinta Saidina Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah s.a.w.Golongan ini mencintai Saidina Ali secara ekstrim dan berlebih-lebihan sehingga mengangkat Saidina Ali sebagai tuhan. Ada 4 golongan utama Syiah,yang masing-masing berpecah menjadi berpuluh-puluh aliran lagi. 1) Aliran Ghaliyyah 2) Aliran Rafidah 3) Aliran Zaydiyyah 4) Syiah Imamiyyah Aliran Ghaliyyah. Aliran ini amat keterlaluan kerana menganggap Saidina Ali dan para imam mereka sebagai penjelmaan tuhan di bumi dan tuhan itu telah wujud (incarnation) ke dalam tubuh pemimpin syiah. Aliran Rafidah. Aliran ini menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar al-Khattab dan mengatakan semua sahabat yang tidak mengikut Saidina Ali adalah kafir.Aliran ini percaya bahawa Saidina Ali adalah ma’sum dalam bidang politik dan mempunyai kepercayaan hulul dan tanasukh. Aliran Zaydiyyah. Kepercayaan aliran ini mengatakan bahawa pimpinan negara hendaklah di tangan keturunan Saidina Ali.Aliran ini percaya bahawa tuhan itu shay’un(suatu benda),tetapi tidak sama dengan segala benda dan segala benda tidak menyamai tuhan. Syiah Imamiyyah. Aliran ini mendukung imam 12 dan meyakini kesuciannya dimulai Saidina Ali dan berakhir yang bernama al-mahdi. Golongan Khawarij Golongan ini amat membenci Saidina Ali bin Abu Talib sehingga mengkafirkannya.Amat banyak perpecahan dalam Khawarij,maka wujudlah pelbagai aliran yang mana sebahagiannya tidak boleh dikatakan Islam kerana aqidahnya jauh menyimpang dan sesat.Antaranya Aliran Azariqah,Aliran Al-Najdiyyah,Aliran Ajadiah,Aliran Yazidiyyah,Aliran Safariyyah dan banyak lagi. Golongan Mu’tazilah Mu’tazilah mula campur tangan ketika pertikaian politik antara Saidina Ali dan Mu’awiyah sehingga terbunuhnya Saidina Ali sampai kekhalifahan dikuasai Mu’awiyah.Adapun golongan ini menamakan dirinya sebagai Ahl al-‘adl wa al-Tauhid(golongan yang membela keadilan dan ketauhidan tuhan).Mu’tazilah mengatakan al-Quran adalah makhluk,bukan qadim dan banyak menggunakan logik akal untuk berhujah sehingga membawa kepada penyelewengan aqidah. Dalam hal penggunaan al-Quran dan Hadith,Mu’tazilah terbahagi kepada 3 golongan: 1)Golongan pertama hanya menggunakan al-Quran sebagai dasar hukum,mengecualikan hadith. 2)Golongan kedua membahagikan hadith kepada 2 bidang.Mereka hanya menggunakan hadith yang menjadi penjelas hukum al-Quran,yang lainnya akan ditolak. 3)Golongan ketiga hanya menggunakan hadith mutawatir sahaja.Dalam penetapan hukum,mereka menggunakan dalil akal dahulu,kemudian baru disesuaikan dengan al-Quran dan hadith. Lima ajaran penting yang wajib diyakini oleh Mu’tazilah: 1)Tentang tauhid 2)Tentang al-‘Adl(keadilan tuhan) 3)Tentang al-wa’d wa al-wa’id(janji dan ancaman) 4)Tentang Manzilah bayna al-manzilatayn 5)Tentang amar ma’ruf nahi munkar Perselisihan dalam bidang Aqidah. Pertikaian dalam bidang ini berlanjutan dari bidang politik.Di sinilah banyak golongan sesat yang wujud sehingga ada yang mempertikaikan kekuasaan Allah yang kefahaman mereka memang menyesatkan dan menyeleweng dari ajaran yang suci. Golongan Jabariyyah Aliran Jabariyyah timbul adalah dari perpecahan golongan Mu’tazilah yang membicarakan masalah ketuhanan dan kudrat Tuhan. Jabariyyah diambil dari perkataan majbur yang bererti tidak bebas atau jabbara beerti memaksa.Mereka berpendirian bahawa semua kejadian itu telah ditentukan oleh Tuhan sejak azali,baik dan buruk datangnya dari Tuhan.Tuhan pencipta segala kejadian dan perbuatan dan tidak ada menyamai Tuhan dalam segala hal.Manusia tidak mempunyai kekuasaan sama sekali atas dirinya kerana gerak-gerinya ciptaan Tuhan.Manusia tidak boleh berikhtiar untuk mengubah nasib hidupnya. Golongan Qadariyyah Aliran Qadarriyyah ini berkembang pada akhir zaman Khalifah Uthman berterusan sehingga zaman Bani Umayyah.Kaum Qadariyyah berpendirian bahawa ketentuan dari sesuatu adalah di tangan manusia sendiri.Perbuatan yang baik dan keji datangnya dari usaha manusia sendiri.Mereka berpendapat kalau semua kehidupan datangnya dari Tuhan,mengapa orang yang salah dihukum?Maka tiada gunanya Tuhan memberi pahala dan tidak perlu ada syurga dan neraka apabila semua itu Tuhan yang bertanggungjawab. Oleh itu,manusia mempunyai kekuasaan mutlak atas dirinya dan segala amal perbuatannya.Manusia dapat berbuat baik dan buruk menurut kemahuannya sendiri tanpa ada kekuasaan lain yang memaksanya.Betapa sesatnya ajaran ini sehingga tidak mengakui keagungan dan mengetepikan kekuasaan Allah dalam setiap kejadian kehidupan ini. Golongan Murji’ah Di tengah-tengah pertikaian pendapat mengenai pembunuhan Uthman dan musuh-musuh Uthman,timbullah pendapat dari Kaum Murji’ah ini.Murji’ah menyatakan bahawa berbuat dosa itu tidak membahayakan iman.Bagi mereka dosa itu tiada kaitan dengan keimanan.Selain itu,iman adalah terpisah dengan amal kerana iman itu cuma keyakinan dalam hati sahaja,tiada hubungannya dengan amal. Maka apabila seseorang menyembah berhala dalam negara Islam,kalau ia meninggal tetap sebagai ahli syurga.Pendapat Murji’ah ini membahayakan aqidah Islam dan umat Islam kerana apabila berbuat dosa tidak mempengaruhi iman,tentulah membuka pintu kepada mereka yang sering membuat dosa. Akhirul kalam,pertikaian yang hanya bermula dalam bidang politik akhirnya berlanjutan mempengaruhi bidang aqidah,maka muncullah fahaman sesat yang membahayakan umat Islam.Terlalu banyak golongan-golongan yang muncul sehingga tidak terhitung banyaknya.Tapi cukuplah di sini,dijelaskan tentang golongan yang kubra dan mendominasi negara-negara Islam.Sebagai ahli jemaah,kita perlu menitikberatkan permasalahan umat yang berlaku dan semakin menular dan meruncing sehingga Islam dilabelkan sebagai pengganas.Maka kita perlu mengetahui dan memahami asbab berlakunya perpecahan.Semoga apa yang disampaikan dapat menambahkan ilmu kepada kita semua.Wallahua’lam.
21:22 Posted in Dakwah & Tarbiah | Permalink | Comments (0) | Email this
Baik Pulih Dan Renovasi Dalam Sistem Jamaah
Syura Antara system yang perlu di perjelas dalam gerakan Islam adalah system syura. Ahli perlu mengetahui bahawa syura adalah suatu system yangterbentuk untuk mengimbangi kuasa Amir. Kerana itu dalam sesetengah organisasi Islam terdapat jawatan ketua syura iaitu Mursyidul Am yang bertindak mengimbangi keputusan Amir. Namun begitu, dalam konsep siyasah Islam, Amir mempunyai semacam “veto” dalam organisasi namun ia haruslah berdasarkan ijtihadnya berasaskan ilmu dan pimpinan Allah S.W.T sendiri. Kerana itu syura juga diperlukan dalam memberi idea dan muhasabah berterusan kepada Amir. Renovasi yang perlu dalam system adalah syura sepatutnya membuka lebih ruang untuk ahli menyuarakan cadangan dan perbahasan dengan pimpinan. Pimpinan yang terbuka akan menganjurkan slot pembentangan kertas kerja cadangan tertentu daripada ahli bawahan. Pimpinan dunia atau organisasi diangggap “sheikh”. Pergerakan yang memiliki pimpinan yang terlalu unggul selalunya tiada kepimpinan sebaliknya hanya mempunyai pemimpin. Mereka terlalu bergantung kepada pimpinan yang terlalu tahu serba serbi. Ahli pula dilatih agar taat dan berasa amat kerdil di hadapannya. Tujuan harakah adalah menghasilkan lebih ramai “qa’edah sulbah” yang bersifat “ting-tang” dalam jamaah. Terlalu bergantung kepada pemimpin tertentu akan memberi kesan lembab dan malas untuk berfikir di kalangan ahli bawahan. Semangat Kedaerahan Masalah ini adalah masalah rutin yang remeh tetapi telah lama menyusahkan agenda ukhuwah. TIdak dapat dinafikan tanim atau organisasi bersifat negeri adalah penting terutama untuk gerak kerja jangka panjang. Namun ia telah disalah ertikan oleh segelintir ahli yang tiada kerjasam antar daerah yang berlainan. Alasan waqi’ tidak sesuai juga menyebabkan strategi jamaah pusat tidak dapat diselesaikan hingga ke akar umbi. Tiada Envisioning Peramalan survivol jamah adalah penting dalam mendapat gambaran awal dalam menyusun strategi jangka panjang. Penetapan imej baru perlukan kesinambungan dari satu generasi ke generasi lain. Namun envisioning memerlukan awlawiyat tertentu. Di dalam suasana genting adalah lebih wajar kita menetapkan untuk menumpu strategi ad-hoc dahulu. Perbincangan envisioning memrlukan perbahasan berkala yang kerap. Hasil envisioning perlu diletak dalam misi, objektif dan budaya kerja jamaah dan tidak dianggap retorik. Menganggap envisioning sebgai retorik akan mengndurkan jamaah tiga tahun ke belakang. Menghapus gejala last minutes Kecelakaan akan menimpa seluruh gerakan Islam Malaysia sekiranya budaya “melayu” kuno yang masih berperangai last minutes menguasai gerakan Islam. Ketiadaan time planning, sering menyebabkan ahli serba salah dan sukar memberi komitmen untuk gerak kerja Islam lain (mungkin bersifat fardi atau nafsi). Ahli dikerah bekerja tanpa ada hadaf dan sasaran waktu. Walaupun telah lama gerakan bertanzim berakar umbi di negara ini namun, sikap lama melayu ini kian lama kian menjadi sifatnya. Ketiadaan Sistem “continuity” Dalam Tarbiah Sikap organisasi sering menghasilkan ahli separa masak, tidak megikuti semua program tarbiah sebenarnya menghasilkan ketempangan dalam organisasi. Ahli yang di”ahli”kan perlu mengikuti system penerusan tarbiah berpeningkatan. Pengkhususan ilmu Islam perlu diterapkan setelah mengikuti system gradual ta’arif yang memperkenalkan asas dan dasar Islam. Kegagalan meneruskan pentarbiahan akan mengabaikan keperluan asasi penggerak dan memasang tujuan asal harakah. Kita perlu memahami hasrat Imam Hassan Al Banna yang menekankan konsep Al Amal Al Mutawassil. Kesinambungan gerak kerja memerlukan sokongan tarbiah yang berterusan.
21:18 Posted in Dakwah & Tarbiah | Permalink | Comments (0) | Email this

